Followers

4/6/14

Posted by hyatt^^ Posted on 2:23 PM | No comments

Kisah Stroller

Latest picture of my two sweetypie...
Kakak #raudhahafrinaeljameela pakai long dress plak masa ni...terselak skit dress..hmm mcm bkn skit je tu hehuuu...dimaafkan sbb kecik lagi.
Adik #raniasalsabilaelzahra pula asyik nak trun je..kena lekakan dia dgn mainan or apa-apa yg menarik perhatian dia.
Ya...animals in zoo lah jawapannya :)

Btw after few months consider nk beli twin stroller or not..akhirnya ummi jumpa yg ni..since mmg dah survey harga dari awal..masa tu kat parkson klcc tgk price 1k++ kira plg murah lah antara semua twin stroller..ada yg almost 3k pun. Then salesman tu suggest..lagi 5 hari ada sale on kids item..stroller ni akan ada less RM500 from original price. Tp puan kena dtg cpt sbb stocks limited n ade beberapa cstmer dah booking jgk...

Alhamdulillah mgkn rezeki anak-anak..gigih ummi ke klcc on the first sale day utk grab stroller ni..gitu la kisahnya

Sebenarnya lama juga fikir 'keperluan' membeli twin stroller ni..yelah anak2 ummi bknnya kembar kan.hehehe.
Masa mengandungkan Rania mmg tak plan nak beli new stroller..sbb pengalaman dgn si kakak dulu..mmg jarang sgt guna benda ni..so dah target boleh recycle je yg kakak punya :)
Then sempatlah guna few months stroller kakak tu tapi akhirnya rosak-tayar susah nk move and ada few damages on the body. Stroller tersebut dibeli pada 2010 dgn harga yg dikategorikan murah. Then second stroller ummi beli utk Rania (double the price compared to masa beli utk Raudhah) dgn harapan boleh tahan lebih lama kali ni..masa ni belum rasa sgt keperluan twin stroller..tp seiring dgn pembesaran anak-anak...fuhhhh finally decided mmg kena ada twin stroller utk memudahkan nak bwk anak2 jalan. Anak2 selesa. Ummiabi pun selesa. Hehehe.

Insyaallah niat mmg nak guna jugak utk adik-adik mereka akan dtg. Kena jaga elok-elok. Handle with care org kata.
Jgn membazir!
;)

Oh one more. Twin stroller ni ada 2 jenis, yg depan blkg n yg sebelah2.
Depan blkg kekurangannya- bigger size bila lipat, sorg je boleh tido dlm satu2 masa dan sudut penglihatan xsama luas. Kelebihan- jimat space. kurang lebar. Sng skit nk tolak masuk lif dsb.

Tp ummi pilih yg sebelah2 ;)
Sbb ada 3 kelebihan, 1 kekurangan.

3/17/14

Posted by hyatt^^ Posted on 8:59 PM | No comments

Travelog: Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua...
Lama terpendam entry jalan-jalan aka travelog tahun-tahun sebelum ni...
Jadi mulai tahun ni, hasrat nak jadikan blog ni salah satu tempat rujukan untuk bercuti santai :)

Let`s start with Kuala Terengganu, Terengganu :)

Masa Perjalanan dan laluan:
Perjalanan ke KT dari KL anggaran dalam 6-8 jam, bergantung pada kadar halaju, berapa kali berhenti, berapa lama berhenti.

Dari KL, melalui MRR2, memasuki Karak-Lebuhraya Pantai Timur( LPT) dan ikut jalan pantai-melalui Kemaman.
Sebenarnya utk ke KT ada dua laluan. Satu laluan pantai, satu lagi ikut Jabor. Kami pilih laluan pantai kerana faktor jalan bertar yang cantik( takde lubang-lubang) dan juga nak menikmati keindahan alam.

Dari MRR2 ke penghujung LPT anggaran masa dalam 3-4jam. Lebih kurang 250km++
Kat sini boleh speed sebab jalan highway dan kebiasaannya kenderaan tidak banyak. Cuma kena awas dengan lori.

Dari Sempadan Pahang-Terengganu hingga ke KT anggaran masa dalam 3jam++. Lebih kurang 150-200km. Max speed dalam 110km/jam sebab banyak traffic light -_-

Penginapan:
Di Terengganu, selain dari hotel-hotel, terdapat sangat banyak homestay untuk pelancong.
Kali ni homestay kami di Losong. Lokasi homestay sangat strategik. Memang di tengah-tengah tempat tumpuan dan juga pusat bandar.

D'Losong Homestay- Adalah sebuah rumah besar (banglo) dua tingkat.  Kadar sewa seperti berikut:
Tingkat atas: 3 bilik, 2 aircond RM150 per night
Tingkat bawah: 2 bilik(Big and spacious), 2 aircond RM150 per night
Dua VIP room (satu tgkat atas, satu tgkat bawah): RM100 per night.

Total satu rumah only RM500 per night. yang ni owner kata boleh nego lagi kalau lebih dari sehari. Best kan?? Paling best sbb ada privacy. Tingkat atas, tingkat bawah dan VIP room masing-masing ada laluan pintu sendiri. Memang takde privacy issue kalau yang menyewa tu dari family lain-lain :)

Total sebuah rumah boleh occupy 30 pax mcmtu. Tilam tak payah cakaplah. berlambak!
Parking space boleh muat up to 6 cars in one time. sebelah je dengan homestay ada gerai/warung sarapan pagi. ohhh memang heaven! :)








Tempat yang dilawati/singgah:

Pantai Klebang
Pantai ni adalah salah satu pantai sepanjang jalan dari sempadan Kuantan-Kemaman menuju ke Kuala Terengganu. Kiranya macam RnR sbb tujuan asal berhenti sini sebab lapo. Hehehe.
Subhanallah sungguh cantik pemandangan nya. Pasirnya halus. Ombak nya kuat. (Memang kawasan dilarang mandi)
Makanan pon best sangat2!
kelapa mawar, kepok lekor, ikan goreng tepung, sotong goreng tepung, pisang pun digoreng tepung.hehe.
MIL beli selipar..RM2 je :)
Almost 1hour kat sini..then kami pun teruskan perjalanan ke destinasi yg dituju








2)Masjid Kampung Kelulut.
Masjid ni terletak di daerah Marang. Kira-kira dalam 20 minit perjalanan nak ke KT.
Jalan tar nya yang cantik, kawasan parking yang luas memudahkan pelancong untuk singgah solat di sini :)
My adik cakap masjid ni salah satu lokasi penggambaran filem lakonan Zizan Razak ",




3)Masjid Terapung
Kami singgah sini sementara menunggu dijemput utk ke lokasi homestay. Sini banyak dijual souvenir, barangan kraftangan dsb. trafik di sini agak sesak. mungkin sbb banyak sangat traffic lite.

4)Masjid Kristal
Lokasi homestay yg sgt dekat dgn Masjid Kristal (less 2km) membuatkan kami singgah di sini dua kali. saja nak tengok suasana malam dan siang hehe. Masjid Kristal terletak bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam dan juga River Cruise. Kalau nak beli souvenir, kedai dalam masjid ni ada jual jugak tapi harga lebih tinggi compared to harga di Pasar Payang.










5)Pasar Payang
Tempat wajib pergi. Haha. semua eksited nak shopping lah kekononnye :p
Believe it or not. me not buying anything for myself. Belek-belek kain sutera...dah ada yang bekenan di hati..tapi gigih nak survey tgk kedai lain kot2 dapat lg murah or lagi cantik...dah pusing sana-sini tapi hati masih nak yang tadi jugak...sementara tu beli-beli pilih-pilih utk anak-anak, staffs, family....last-last dah tak lalu jalan awal-awal tadi dah...huwaaa xdak rezeki den.hihi. Malas nak pusing balik dah sbb dah penat berjalan almost dua jam heeeuuuwww.
Tempat ni tutup awal. rasanya by 6pm dah tutup semua. so sila datang awal kalau plan nk jalan lama-lama.
Talking bout price. Memang kena rajin survey among the kedai-kedai. sebab kita kan pelancong..rege penjual letak tinggi. Kalo malas nk tawar..sila bersedia bayar lebih. hehe

6)Pantai Batu Burok
Niat asal kami semua memang nak bermandi manda. Tapi disebabkan musim tengkujuh, adalah dilarang untuk turun ke laut sebab air sentiasa pasang dan ombak kuat serta agak tinggi. Fuhhh memang tk berani lah.
Jadi kami santai-santai main pasir dan layang-layang je. sweet-sweet enjoy-enjoy gitu :)





7)Tujuan Utama ke KT-->Rombongan Meminang ;)
Yang nak kahwin ni my cousin. Insyallah majlis nikah akan diadakan dalam bulan 9 tahun ni.
Doakan semuanya berjalan lancar








I love Terengganu :)


1/26/14

Posted by hyatt^^ Posted on 2:40 PM | No comments

Awal Tahun 2014

Assalamualaikum semua..
Agak lewat juga update di blog ni kali ni..almost one month sunyi sepi ye...
Awal tahun 2014 agak sgt sibuk sebenarnya..

Hujung disember 2013 Yatt balik kampung raikan majlis walimah saudara-mara.
Then Rania demam seminggu...
Diikuti dengan pemergian arwah tok ke Rahmatullah.
Then Raudhah pula demam seminggu..dan baru kebah beberapa hari.
Alhamdulillah.

Dan juga sebenarnya laptop juga baru baiki.
Lepas ketiga-tiga laptop yg ada 'mogok' serentak since awal Disember or end November kalo tak silap.
Ibarat patah sebelah tangan :(

Dalam suka ada duka.
Dalam ujian ada hikmahnya.

Sempat juga ambil masa sambut birthday Encik Suami secara sederhana Sabtu 18hb
Sempat juga ambil masa bawa anak-anak jalan-jalan sekitar KL Sabtu 25hb

Kesempatan ini Yatt ingin mohon maaf atas kelewatan servis, terutamanya yg berkaitan dgn penggunaan laptop. Lewat update stok, lewat siapkan blog dan sebagainya.

Sekarang masa untuk siapkan segala kerja tertangguh :))
Januari tinggal beberapa hari saja lagi.
Selamat datang Februari yang penuh keajaiban :)


Ukhwah fillah,
Yatt@Yati
Iklan gambar. hehehe.
Dapatkan koleksi Hijab terbaru ini di website
www.eljameela.com

12/7/13

Posted by hyatt^^ Posted on 6:53 AM | 1 comment

MUSLIMAH DOLL REEMA

Assalamualaikum WBT.
Harini nak share satu produk best.
pastinya utk anak-anak pompuan kita nak belikan doll...
macam saya..saya tak pernah lagi belikan doll utk anak usia 3tahun.
bukan tak nak tapi tak suka nengok patung-patung barbie yang tak sama dgn budaya kita.
(patung je pun hehe..cuma hati rasa taknak beli..nak tggu patung solehah)

Alhamdulillah, Muslimah Doll Reema adalah pilihan terbaik buat anak anda.
Paling utama sbb harganya mampu milik.
Taklah smpai ratus2 harganya..Sian mak bapak. Haha
Anak saya suka sangat Reema ni.
Material lembut, bagus dan tak koyak.
Juga tak perlu risau patah tangan/kaki sebab ia adalah soft toys.
Selamat juga utk bayi :)
Baju 3 helai diberi percuma, termasuk tudung.
Ololoooo comel amat!
Ok Reema ni ada rambut jugak...tp rambut dia taklah blonde mcm rambut patung barbie. Hahaha
And best part is...
Ade bacaan surah/doa utk teman anak2 kita baca sama-sama.
Main sambil belajar. 
Kan menarik tuh??

Jom order sekarang.
Hanya RM63 (utk ahli, RM50 je...murahhhh)

Lengkapkan pesanan anda di sini: 

ATAU SMS/WHATSAPP 0193954209/0183964506 


atau datang terus ke butik kami:
Alamat: NO.65-2, JLN DWITASIK 1, DATARAN DWITASIK, 
BNDR SRI PERMAISURI, CHERAS 
56000 KL. (terletak di tingkat 2, di atas Agro Bank, bersebelahan dengan 
kedai elektrik Sen Heng)
***Butik dibuka setiap hari 10am-10pm melalui temujanji sahaja.
Hubungi 019-3954209 untuk temujanji anda.



Masa untuk mengajar anak anda menghafal surah penting :)
Reema membantu anak anda membaca & menghafal 
Bacaan Surah
• Al-fatihah 
• 3 Qul
Anak anda hanya perlu menekan tangan kirinya dan Reema akan mula membaca surah-surah penting itu 
--------------------------------------------------
Bateri: 3AAA/2AA (beserta bateri)
Tinggi Doll 30cm
1 DOLL FREE 3 JUBAH (PURLE, RED & BLACK)



11/22/13

Posted by hyatt^^ Posted on 2:45 PM | No comments

Kid-Proof Gyro Bowl




• Inner Bowl Rotates 360 Degrees 
• Virtually Indestructible 
• Saves Time, No More Cleaning 
• Use it for Non-Food Items 
• BPA-Free Plastic 
• Top Rack Dishwasher Safe 
• Not Microwave Safe 

RM17/pcs only!!!

Lengkapkan pesanan anda di sini: 

ATAU SMS/WHATSAPP 0193954209/0183964506 


atau datang terus ke butik kami:
Alamat: NO.65-2, JLN DWITASIK 1, DATARAN DWITASIK, 
BNDR SRI PERMAISURI, CHERAS 
56000 KL. (terletak di tingkat 2, di atas Agro Bank, bersebelahan dengan 
kedai elektrik Sen Heng)
***Butik dibuka setiap hari 10am-10pm melalui temujanji sahaja.
Hubungi 019-3954209 untuk temujanji anda.


Posted by hyatt^^ Posted on 2:23 PM | No comments

Soal Jawab Shaklee Collagen Powder

Alhamdulillah, semalam merupakan wedding anniversary kami yang ke-XX (Cuba teka?hehehe)
We had a small simple celebration--> Dinner-potong kek-ada musicians datang nyanyi2-midnite movie.

Syukur atas semuanya :)

I was wearing a long dress-come in a set with long cardigan + Halfmoon shawl. (koleksi of cos dari Butik sendiri heee)
Taknak cakap pasal berat badan(sebab masih belum dapat desired weight lagi since after deliver haritu) tapi nak cakap pasal skin improvement :))

Kawan-kawan,
Kalau tengah mencari produk-produk utk kecantikan kulit-face or body, cubalah set skin care shaklee.
Very well recommended!!

--------------------------------------------------------------------------------

Ok sebenarnya hari ini nak share tentang SCP-Shaklee Collagen Powder. Which related dengan skin care products. SCP ni kiranya premium product lah..Mungkin agak mahal harganya tapi PERCAYALAH ia sgt2 berbaloi :)

Jom kita bersoal-jawab :)

1. Apa kandungan collagen shaklee? 
2. Apa istimewanya collagen shaklee?
3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil 
4. Tahan berapa lama colalgen shaklee
5. Macam mana aturan makan colalgen shaklee
6. Berapa harga collagen shaklee
7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?
8. Macam mana rasa collagen shaklee?
9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 
11. Macam mana nk beli collagen powder?

Saya akan jawab satu persatu persoalan di atas. Teruskan pembacaan ya. 






1. Apa kandungan collagen shaklee? 
Kandungan utama collagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi  dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain. Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu 
Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata
Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal
Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen
Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata
Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas, Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

2. Apa istimewanya collagen shaklee?
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil 
Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. I kotak mengandungi 15 sacet di mana setiap sacet mengandungi 15mg. 

4. Tahan berapa lama collagen shaklee
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sacet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

5. Macam mana aturan makan collagen shaklee
Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sacet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: 
 - jus twister tropicana + collagen 
 - Milo/Serbuk Coklat Cadbury  +collagen
- any fruit juice  + collagen
Pengguna bebas nk campurkan collagen dengan mana2 minuman. Asal sedap sudah :)  

6. Berapa harga collagen shaklee
Retail price RM298. Special price boleh contact saya :) 
Jangan terkejut, kenapa ia mahal?Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan colalgen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti. 

7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?
Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
Gusi yang tidak sihat
Rambut kering dan bercabang di hujung
Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
Garis halus pada leher
Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
Payudara dan punggung kelenturan
Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan

8. Macam mana rasa collagen shaklee?
Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tp rase tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. 

9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 

10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 
Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen sealma 4 hari  berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba. 

11. Macam mana nk beli collagen powder?
Hubungi saya Yatt 0193954209
Dapatkan konsultasi Percuma dgn harga istimewa :)


11/18/13

Posted by hyatt^^ Posted on 4:25 PM | No comments

PETUA MEREDAKAN DEMAM

Salam alayk.
Anda selalu demam? Atau ada anak-anak yang sering kurang sihat?
Boleh cuba amalkan petua-petua berikut ya :)

Petua 1:
Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai reda. Lakukan sehingga benar-benar sembuh.

Petua 2:

Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan ramuan ini pada kepala. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.




Petua 3:

Ramaskan  5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.


Petua 4:
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.


Petua 5:
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Petua 6:
Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.



Petua 7:
a.  Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas.
b. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut.
c. Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Petua 8:
Ramas daun durian belanda  dalam air sehingga keluar lendir. Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.

Petua 9:
Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.

Petua 10:
Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga  1jam di dalam air mineral/air putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.

Petua 11:
Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.

Petua 12:
Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan 2 kali sehari. Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Semoga bermanfaat!

Share It